Superbextra

Berita, Pendidikan, Hiburan, Artikel

Aaron Aziz : Bintang Paling Popular 2013


Sumber :  beautifulnara

Dengan jumlah sebanyak 76,742 undian daripada para peminat, Aaron Aziz telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2013 sekali gus menggantikan gelaran Shaheizy Sam sebagai Bintang popular pada tahun 2012. Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) tampil dengan tema Magis Alam yang menampilkan dua pengacara hebat iaitu Fara Fauzana dan Amy Mastura sebagai penyeri majlis.Nampaknya, lawak spontan mereka menjadi, apatahlagi apabila mereka berdua juga ditemani oleh kumpulan Shiro. 

Anugerah penuh berprestij ini berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC). ABPBH kali ini menampilkan tujuh kategori baru yang diundi menerusi ‘online’, di mana antara kategori yang dipertandingkan adalah Gandingan Serasi di Layar, Artis Lelaki Stailo, Artis Wanita Stailo, Artis Berpengaruh di Laman Sosial, Watak Jahat Dalam Filem atau Drama, Chef Selebriti Paling Popular dan Aksi Youtube Paling Popular. Pembaharuan yang dilakukan ini adalah  sesuatu yang mengikut ‘trend’ dunia seni dan hiburan masa kini. Dibawah ini adalah keputusan penuh ABPBH 2013.

Kategori Utama:

Bintang Paling Popular – Aaron Aziz

Artis Baru Lelaki Popular – Achey

Artis Baru Wanita Popular – Zara Zya

Artis Duo/Berkumpulan Popular – Stacy & Akim

Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz

Penyanyi Wanita Popular – Stacy

Pelakon TV Lelaki Popular –  Shah Iskandar

Pelakon TV Wanita Popular – Siti Saleha

Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz

Pelakon Filem Wanita Popular – Siti Saleha

Artis Komedi Lelaki Popular – Jep

Artis Komedi Wanita Popular – Jihan

Pengacara TV Lelaki Popular – Datuk AC Mizal

Pengacara TV Wanita Popular – Neelofa

Penyampai Radio Lelaki Popular – Johan (ERA)

Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana (HOT FM)

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato’ Rahim Razali




HOT !!!  (VIDEO) ZOMBIE BOLA SEPAK MENYERANG ANDA SEMPENA FIFA WORLD CUP
 --------- KLIK DISINI ---------

HOT!!!  (HOTLINK) DAPATKAN LEBIH SMS, PANGGILAN DAN DATA INTERNET APABILA ANDA MELANGGAN HOTLINK HOT TIKET EKSTRA
 -------- KLIK DISINI --------




Kategori Online:

Artis Lelaki Stailo – Awal Ashaari

Artis Wanita Stailo – Yana Samsudin

Gandingan Serasi di Layar – Azlee Khairi & Zara Zya

Watak Jahat Dalam Drama/Filem Popular – Sofi Jikan

Artis Berpengaruh di Laman Sosial – Datuk Siti Nurhaliza

Chef Selebriti Paling Popular – Chef Wan

Aksi di Youtube Paling Popular – Mengajar Kanak-kanak Riang (Mat Luthfi)

Akhir kata, tahniah diucapkan  kepada semua pemenang!

Sumber :  ABPBH & OHBULAN 


0 Komen Anda "Aaron Aziz : Bintang Paling Popular 2013 "

ping blog
 
Copyright © 2014 Superbextra - All Rights Reserved
Template By Catatan Info