Dua Produk Cadbury Disahkan Tercemar DNA Babi |
Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan penemuan DNA babi (porcine) dalam
produk makanan Coklat Susu dengan Kacang Hazelnut dan Coklat Susu dengan Kacang
Badam jenama Cadburry Dairy Milk. Siasatan yang
dilakukan ke atas tiga sampel coklat Cadbury berkenaan bagi tujuan
pemantauan selepas timbul dakwaan dalam media sosial adanya DNA babi dalam
produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel –
Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas dalam rangkaian media sosial, semalam.
"Di
dalam media sosial itu telah memaparkan keputusan analisis DNA khinzir
(babi)(porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel –
Cadbury Dairy Milk. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata,
berdasarkan analisis yang diambil dari tiga sampel, dua daripadanya didapati
mengandungi porcine manakala satu lagi produk iaitu Coklat Susu Cadburry Dairy
Milk Chocolate dikesan tidak mengandungi DNA tersebut.
"Ini bertujuan untuk melindungi orang
awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan,
penjualan dan penggunaan makanan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, pihak pengeluar produk, Cadburry Confectionery Malaysia Sdn Bhd
memberi jaminan untuk menarik balik produk terbabit dari pasaran dengan serta-merta.
"Kami ingin menasihatkan orang ramai
supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli
atau memakannya," jelasnya.
Orang ramai
dan pengguna boleh merujuk laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
(BKKM) di http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq untuk sebarang
soalan dan pertanyaan.
Sumber :
Berita Harian & Sinar Harian
0 Komen Anda "Cadburry Oh Cadburry!"