Superbextra

Berita, Pendidikan, Hiburan, Artikel

Penganggur Yang Produktif




Topik kali ini yang ingin dikupas adalah bagaimana menjadi penganggur yang produktif. Dilema menganggur di kalangan siswazah menjadi topik hangat dewasa ini. Jika dilihat pada zaman globalisasi hari ini, banyak peluang pekerjaan ditawarkan tetapi graduan tidak pandai mengambil peluang yang ada. Faktor terlalu memilih dan merasakan layak untuk mendapat pekerjaan lebih baik tanpa menyedari bahawa tiada pengalaman, sedikit sebanyak mendorong kepada isu pengangguran.

Berstatus penganggur tidak semestinya melepak goyang kaki di rumah tanpa membuat apa-apa. Pelbagai cara boleh anda lakukan untuk tambah pendapatan sementara menanti panggilan kerjaya yang lebih stabil. Realisasikan istilah 'penganggur terhormat' dengan cara tersendiri. Lakukan sesuatu untuk menjana endapatan di rumah sekali gus mengubah persepsi penganggur yang dilemparkan kepada anda.

Perkara yang penting sekali semasa anda menjadi penganggur, jangan sekat kreativiti dan idea yang menarik dalam diri anda. Maka, dalam waktu ini lah anda mesti tonjolkan sesuatu kebolehan yang unik dan kreativiti yang boleh 'jual' kepada organisasi yang bakal memilih anda sebagai pekerja mereka. Sebagai contoh, anda boleh memulakan aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan seperti menjual pakaian terpakai (bundle) atau menjual hasil masakan anda.

Boleh dikatakan hampir 99%  golongan remaja mempunyai laman sosial sendiri. Apa kata dengan kebaikan internet ini, anda boleh juga mulakan perniagaan sendiri di atas talian. Keuntungan yang dicapai atas hasil usaha sendiri adalah kayu pengukur kejayaan dan juga ganjaran bagi sesutau perniagaaan yang mampu bersaing di pasaran. Akhir kata, jadilah penganggur yang produktif
0 Komen Anda "Penganggur Yang Produktif"

ping blog
 
Copyright © 2014 Superbextra - All Rights Reserved
Template By Catatan Info