Superbextra

Berita, Pendidikan, Hiburan, Artikel

Keputusan MUET Sesi Mac 2014



Keputusan ujian Malaysian University English Test sesi Mac 2014 membabitkan 36,100 calon akan dikeluarkan pada Isnin ini. Calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau di institusi pengajian masing-masing mulai jam 10 pagi, Isnin ini, manakala calon persendirian individu akan memperoleh keputusan mereka melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui khidmat pesanan ringkas dengan menaip MUET RESULT No. Kad Pengenalan dan menghantarnya ke 15888 atau melayari portal MPM http://mpm.edu.my mulai 10 pagi.

Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70. Tarikh tutup rayuan semak semula ialah pada 16 Mei dan maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh didapati melalui portal MPM.


Sementara itu, pendaftaran  MUET bagi sesi November 2014 secara dalam talian melalui portal MPM atau http://online.mpm.edu.my pula dibuka dari 5 April sehingga 25 Julai 2014.
0 Komen Anda "Keputusan MUET Sesi Mac 2014"

ping blog
 
Copyright © 2014 Superbextra - All Rights Reserved
Template By Catatan Info