Superbextra

Berita, Pendidikan, Hiburan, Artikel

Banyak Makan, Rosakkan Minda



Kita banyak dihidangkan dengan pelbagai juadah tiap hari terutamannya ketika musim perayaan.  Banyak makanan yang akan dibazirkan begitu saja ketika musim ini. Manakan tidak, sikap tamak dan berlebihan-lebihan untuk menikmati makanan yang seolah-olah tidak pernah menikmatinya menyebabkan anda ‘mungkin’ tergolong dikalangan sahabat syaitan.
                                  
Banyak makanan sehingga rambang mata hendak memilihnya. Jika kita tidak tergolongan daripada golongan suka membazir, kita mungkin tergolongan dari orang yang akan makan sampai melebihi ‘had kenyang’. Awas ! pengambilan makanan secara tidak terkawal akan mengudang  mudarat. Berdasarkan Dr Yusuf al- Qardhawi dalam kitabnya Halal dan Haram dalam islam, beliau meletakkan suatu kaedah umum yang diakui syariat islam iaitu ‘ tiada halal bagi orang muslim memakan apa saja makanan atau minuman, baik sedikit pun yang boleh membinasakan dirinya, sama ada dengan cepat mahupun secara ‘perlahan-lahan’.

Kupasan daripada pandangan tokoh tasawuf Islam, Imam al-Ghazali :

  • Menghilangkan kemanisan ibadat.
  • Menjerumuskan kita kepada perbuatan syubhat dan haram.
  • Mengakibatkan hati lelah dan tubuh badan seolah-olah hanya untuk mencari nafkah.
  • Makan berlebihan walaupun halal tetap akan dipersoalkan  Allah dari mana makanan itu diperoleh sewaktu dihisab nanti


0 Komen Anda "Banyak Makan, Rosakkan Minda"

ping blog
 
Copyright © 2014 Superbextra - All Rights Reserved
Template By Catatan Info