Superbextra

Berita, Pendidikan, Hiburan, Artikel

7 Cara Guru-Guru Mengajar Di Sekolah




Guru ialah insan yang berperanan memberi pendidikan kepada anak-anak dan masyarakat. Guru bertanggungjawab membentuk generasi yang beriman, berilmu pengetahuan,berketerampilan dan berakhlak mulia. Dialah cahaya penyuluh ketika kegelapan dan ketika haluan menjadi sukar. Tema sambutan Hari Guru 2014 ialah Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi. Jika dilihat setiap guru ada pelbagai cara untuk mengajar. Betul tak? Di bawah ini  terdapat 7 cara guru-guru mengajar di sekolah yang mungkin anda menyukainya.

  1. Duduk kat meja sambil mengajar tanpa berdiri. Untuk subjek Sejarah mungkin boleh la kot.
  2. Mengajar sambil berdiri dan tak pernah duduk.
  3. Energetik, semangat dan komited dalam menyampaikan ilmu, sampai lupa tengok jam.
  4. Mengajar kejap, lepas tu stop, borak-borak, lepastu boleh balik terus. Padahal masa tak habis lagi.
  5. "Ok anda semua boleh buat latihan pada muka surat sekian dan sekian. Kalau tak tahu nak buat boleh tanya cikgu kat meja."
  6. Setiap kali mengajar mesti kena jerit. Kalau tak jerit rasa macam tak complete.
  7. Kalau tak sebut nama seorang pelajar ni masa mengajar memang tak sah. Ada je benda yang nak dikenakan.

Walau macam mana cara guru anda mengajar sekalipun, kita tidak seharusnya melupakan jasa guru-guru yang tidak pernah jemu mendidik kita. Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia. Terima kasih cikgu!



HOT !!!  (VIDEO) ZOMBIE BOLA SEPAK MENYERANG ANDA SEMPENA FIFA WORLD CUP
 --------- KLIK DISINI ---------

HOT!!!  (HOTLINK) DAPATKAN LEBIH SMS, PANGGILAN DAN DATA INTERNET APABILA ANDA MELANGGAN HOTLINK HOT TIKET EKSTRA
 -------- KLIK DISINI --------




0 Komen Anda "7 Cara Guru-Guru Mengajar Di Sekolah"

ping blog
 
Copyright © 2014 Superbextra - All Rights Reserved
Template By Catatan Info