Superbextra

Berita, Pendidikan, Hiburan, Artikel

Kucing KAX?



Kucing KAX kini semakin mendapat perhatian selebriti di Malaysia. Anda juga boleh temui kucing KAX ini di Kuala Lumpur. Ada nampak tak kucing KAX ini di stesen LRT Masjid Jamek? Sejak beberapa hari kebelakangan ini kalau anda perasan, ramai selebriti dilihat sentiasa bersama patung comel Kax untuk menemani mereka ke mana mana sahaja — makan, tidur, pergi gym, melancong dan sebagainya.

Jasper yang berjersi Argentina adalah jejaka yang sentiasa cool dan bertenang dalam berdepan dengan apa jua cabaran, tapi itu tak bermaksud dia akan terus cool bila berdepan dengan situasi yang sukar. Karakter Dolly  sebagai seorang yang nakal dan kelakar namun dalam gayanya yang suka bermain main, tidak bermakna Dolly tidak mahu serius untuk berjaya.

Najwa Latif yang mempunyai Kax bernama Peachy ini menjadi pilihan beliau untuk bergelar BFF kerana perwatakan yang senyap dan tidak suka kecoh namun suka membiarkan kejayaan menjadi ‘jurucakap’



Perwatakan Foxy pula  apa yang dia mahukan dan dengan kecantikan yang dia ada, dia mesti akan dapat. Ini gadis yang tak sepatutnya anda ganggu. Romeo merupakan Kax yang kasanova. Walaupun menawan tapi dia jenis yang suka pikat perempuan.Joey jenis yang selalu tersenyum, berjiwa positif, sentiasa gembira walaupun dalam apa keadaan sekali pun.

Kax bukan hanya ada satu tetapi lapan variasi yang masing masing mempunyai karakter dan gaya tersendiri. Sesuai untuk menjadi teman kepada sesiapa pun. Jadi, apa tunggu lagi! Dapatkan KAX kegemaran anda di laman XPAX sekarang!


0 Komen Anda " Kucing KAX?"

ping blog
 
Copyright © 2014 Superbextra - All Rights Reserved
Template By Catatan Info