Samsung
telah berjaya mengeluarkan salah satu tablet android terbaik sejak pelancaranya
di persidangan IFA, Berlin pada 2010. Nampaknya tahun 2014 menjadi tahun
Samsung memfokuskan kepada arena tablet, dimana selain beberapa tablet yang
telah diperkenalkan sejak awal tahun ini. Kini, Samsung turut akan hadir dengan
sebuah siri tablet baru dinamakan Galaxy Tab S.
Menurut
sumber 'SamMobile', tablet Galaxy Tab S ini mungkin merupakan diantara yang
terbaik dikalangan peranti tablet yang lain dan ia juga mengatakan tablet dari
syarikat teknologi Korea Selatan akan mudah menjangkaui prestasi kebanyakan
telefon pintar dan teknologi paparanya merupakan yang terbaik setakat ini.
Galaxy Tab S
akan menyertakan pelbagai ciri-ciri premium bersama-sama dengannya. Ia
dikatakan akan hadir dalam 2 variasi saiz iaitu 8.4-inci dan juga 10.5-inci. Kedua-duanya
dijangka akan menggunakan paparan WQXGA dengan resolusi 2560 x 1600. Pada masa
yang sama, seperti Galaxy S5, tablet ini juga bakal menyertakan pengimbas cap
jari bersam-sama dengannya, untuk beberapa perkara seperti untuk pembayaran
PayPal (dibeberapa buah negara), mengakses peranti, log masuk akaun Samsung dan
sebagainya. Samsung juga menyertakan fungsi Multi-User Login pada tablet ini
yang akan menggunakan sokongan pengimbas cap jari.
Tablet yang
membawa rekaan seumpama Galaxy tab 4 ini kelak dijangka menyertakan cip
pemprosesan lapan teras-empat 1.9Ghz Cortex-A15 adn empat teras 1.3Ghz
Cortex-A7, memori 3GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan
2.1-megapixel. Galaxy Tab S ini dikatakan akan menggunakan Android 4.4.2 KitKat
dan dilengkapkan antara muka kursus daripada samsung. Namun, tarikh
pelancaranya masih tidak diketahui lagi buat masa ini.
Sumber :
MynewsHub
0 Komen Anda "Samsung Galaxy Tab S"