Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89 tahun meninggal dunia akibat penyakit jantung di Pusat Perubatan KPJ Kajang. Berita kematian Allahyarham itu disahkan oleh cucunya, Abu Ubaidah A, Ishak menerusi Twitter miliknya.
Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik sejak era 1950-an. Selain berpuluh-puluh filem lakonannya, Allahyarham juga pernah mengarah filem seperti Keluarga Si Comat (1975), Si Badol (1979), Penyamun Tarbus (1980) , Da Di Du (1981), Setinggan (1982) dan Darah Satria (1993).
Ucapan Takziah di Twitter |
Semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang beriman..Amin
0 Komen Anda "Aziz Sattar Meninggal Dunia"