Dalam kehidupan seharian kita, bergurau bersama rakan-rakan
, ahli keluarga atau sesiapa sahaja, adalah satu aktivti berjenaka yang akan
memeriahkan, menceriakan seseorang itu. Adab bergurau amatlah dituntut oleh
islam.Antara adab- adab yang boleh dilakukan adalah seperti berikut
:
1. Niat Yang Betul
Niat bergurau adalah untuk menghilangkan
kepenatan, kebosanan, kelesuan, serta boleh menyegarkan minda semula dengan
sesuatu yang dibolehkan. Bukan untuk mengaibakan seseorang!
2. Tidak
Berlebihan
Orang
yang berlebihan dalam bergurau sebenarnya telah menjatuhkan martabatnya dalam
pandangan manusia. Terlalu banyak bergurau akan menjatuhkan kehormatan dan
kewibawaan seseorang.
3. Tidak
Bergurau Dengan Orang Yang Tidak Suka Bergurau.
Kadang-kadang
seseorang yang bergurau dengan orang yang tidak suka bergurau yakni orang yang
selalu serius dalam setiap perbuatan dan percakapannya serta tidak suka dengan
gurauan orang tersebut akan mendatangkan akibat yang buruk seperti mereka akan bermasam
muka dengan orang yang bergurau dan mungkin anda tergolongan dalam ‘black list’
mereka.
4. Tidak
Banyak Ketawa
Terlalu banyak ketawa bertentangan dengan sunnah Nabi. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya Rasulullah tidak tertawa kecuali hanya tersenyum.” (Riwayat al- Tirmizi). Banyak ketawa akan mengeraskan dan mematikan hati.
0 Komen Anda "Adab Bergurau"