Superbextra

Berita, Pendidikan, Hiburan, Artikel

Fakta Unik Tentang Kucing



Meowwww.. Adakah anda pegemar kucing? Jika ya, confirm anda spent masa anda dengan si meoww dikala kebosanan dan munculnya perasaan ingin  'membuli' meow anda. Its just my opinion, not the fact. Kucing merupakan haiwan peliharaan yang paling banyak dipelihara oleh manusia. Kucing juga merupakan haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W. Ok, entri kali ini saya nak bercerita fakta unik tentang kucing.

1.Kucing mempergunakan ekornya untuk menjaga keseimbangan, terutama ketika sedang melompat dan berlari.

2.  Pendengaran kucing adalah lebih baik daripada anjing. Dan kucing boleh mendengar frekuensi tinggi bunyi sehingga dua oktaf lebih tinggi daripada manusia.

3. Kucing biasanya mempunyai kira-kira 12 misai pada setiap bahagian mukanya.

4. Salah satu sebab anak kucing (kitten) tidur terlalu kerap kerana hormon pertumbuhan dilepaskan hanya semasa tidur

5. Kucing tidak suka air kerana bulu mereka tidak melindungi dengan baik apabila ia basah.

6. Kucing merupakan haiwan yang bersih kerana mereka akan membersihkan dirinya setiap hari dengan lidahnya. Hasil penyelidikan laboratorium menyipulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Sebenarnya ada banyak lagi fakta-fakta yang menarik tentang kucing. Anda boleh lah menggunakan perkhidmatan  "google" untuk ketahui lebih lanjut. :) Make sure, fakta yang anda cari itu yang betul-betul fakta, bukannya auta ok!


Ingat jangan menzalimi haiwan! Sayangi haiwan. Haiwan merupakan makhluk Allah juga. Sebelum mengakhiri entri kali ini , saya ingin berkongsi dengan anda dengan video di bawah ini. Totally, kucing nie comel sangat!! Rasanya macam nak gigit je kucing nie dan buat kucing nie sebagai bantal peluk. :)



1 Komen untuk "Fakta Unik Tentang Kucing"

wah. hehe.. tenkiu untk info yg berguna :)

ping blog
 
Copyright © 2014 Superbextra - All Rights Reserved
Template By Catatan Info