Bila sebut
pasal sahabat pelbagai gambaran yang anda boleh berikan. Kawan makan kawan,
Kawan tikam belakang, Kawan yang mengambil kesempatan di atas kesenangan kita
dan sebagainya. Adakah kita tergolong dalam kalangan ini? Tepuk dada tanya lah
selera! Nak KFC or McD. Jadilah seorang sahabat yang berakhlak, berbakti dan
menjaga hubungan silaturahim yang dibina. Di bawah ini adalah 12 Sifat Sahabat
Sejati menurut Imam Al-Ghazali :
1. Jika
engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2. Jika
engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu
itu.
3. Jika
engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan
membantumu.
4. Jika
engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5. Jika ia
mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau
menyebut kebaikanmu.
6. Jika ia
melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7. Jika
engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8. Jika
engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan
kesusahanmu.
9. Jika
datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat
sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika
engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika
engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
12. Jika
kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga
kepentingan persahabatan.
0 Komen Anda "12 Sifat Sahabat Sejati Menurut Imam Al- Ghazali"