Superbextra

Berita, Pendidikan, Hiburan, Artikel

Tips Berjimat Untuk Kumpul Bajet Kahwin




Sebut je pasal kahwin, it is all about the money. Kepada pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan mereka satu hari nanti , perancangan kewangan itu semestinya perlu! Jika anda ingin memiliki kewangan yang kukuh, tips ini sangat mudah "KURANGKAN PERBELANJAAN,TINGKATKAN SIMPANAN".  Di bawah ini adalah 10 tips jimat untuk sesiapa yang berhasrat kumpul duit kahwin.

1. Shopping Masa Sale Je

Kalau korang suka sangat shopping, pilihlah time yang ada Mega Sale, Year End Sale (YES) dan diskaun yang sehingga 80%. Make sure ambil yang 80% diskaun punya . Nak murah lagi gunakan skill tawar menawar anda.  If strategi anda tewas, jangan pernah menyerah kalah, minta "Free Gift". Ingat, EVERYTHING IS NEGOTIABLE!

2. Elakkan Hutang Kad Kredit

Korang ingat ada banyak kad kredit tu boleh bantu, ke? Yelah masa nak beli barang, mudah je, just swipe kan. Cash totally not need time tu. Memang best swipe, tapi kita tak tahu yang kita dah over spent kat sesuatu barang even kita tahu limit kita berapa.Time nak membayar hutang pulak, mula lah diserang heart/ liver/brain attack and etc. So, lain kali kalau nak beli, pakai CASH je. Kad Kredit sama maksudnya dengan kad hutang yang dibuat oleh anda sendiri!!

3. Potong Langganan Yang Tak Penting

Contoh langganan yang tak berapa yang tak penting seperti langganan majalah2 atau Astro. Untuk majalah, kat internet banyak sumber yang anda boleh dapatkan.Tak percaya tanya Encik  Google. Astro pulak anda boleh gantikan dengan stesen TV tak berbayar seperti TV1, TV2, TV3 dll..Sometimes, kalau nak sangat tengok Astro, lepak kat kedai mamak je.


4. Jangan Asyik Beli Barangan Branded

Bila sebut pasal barang yang berjenama, siapa yang tak nak kan? Jika nak ukur dari segi kualiti, memang tak dapat dinafikan jika dibandingkan dengan barang yang cap ayam. Tapi kalau every month bila dah dapat gaji asyik nak beli barangan yang branded je, confirm duit anda tidak akan tersimpan. Cubalah anda berkorban untuk ‘cut cost’ anda yang sedia ada untuk kumpul duit kahwin anda. Bezakan yang mana satu kehendak  dan  yang mana satu keperluan.


5. Jaga Keselamatan Dan Kesihatan Anda

So, kat sini anda dah boleh jimatkan duit anda dari segi perubatan.Memang ada orang kata kemalangan boleh berlaku dimana-mana, tapi kita boleh elakkan dengan ambil langkah yang berjaga-jaga.  Elakkan dari berlakunya kemalangan kereta/motor dan sebagainya kerana kos untuk maintenance kenderaan anda memerlukan jumlah yang agak besar.

6. Jangan Merokok!

 Jika anda merupakan golongan yang merokok, tolong kurangkan tabiat ini. Kalau yang dah addicted tu, memang susah untuk buang tabiat ini. Kalau tak boleh hentikan tabiat ini, at least tolong KURANGKAN merokok. Hal ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan anda. Katakan TAK NAK kepada rokok!

7. Jimatkan Bil Rumah Anda

Ada beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk jimatkan bil-bil penting di rumah anda seperti  bil elektrik dan bil air. Elakkan  menggunakan penghawa dingin terlalu kerap, tutup kipas dan lampu jika tidak digunakan dan sebagainya. Apa yang penting, amalan ini hendaklah anda praktikan dari sekarang. Belajar untuk berjimat dalam semua aspek.

8. Kurangkan Membeli Gajet-Gajet Elektronik


 Zaman teknologi yang serba canggih nie, pelbagi gajet-gajet elektronik yang dikeluarkan.  Gajet-gajet yang terkini seakan  medan magnet menarik kita untuk membeli. Nak beli tak salah, tapi kita kembali kepada konsep asal iaitu adakah ianya keperluan atau pun kehendak semata-mata?. Tepuk dada tanya lah selera. Kalau anda hendak berjimat, anda boleh membeli gajet-gajet yang multi-purpose seperti Tab dimana anda boleh main game, on call and online dimana-mana yang anda suka.





1 Komen untuk "Tips Berjimat Untuk Kumpul Bajet Kahwin"

tips yang bagus ini :) hahaha.. hm.. tapi rasanya kalau sekarang ini 15k pun tak cukup

ping blog
 
Copyright © 2014 Superbextra - All Rights Reserved
Template By Catatan Info