Superbextra

Berita, Pendidikan, Hiburan, Artikel

Atasi Rambut Nipis


Sekadar gambar perhiasan
Adakah anda memiliki rambut yang nipis dan tumbuh jarang-jarang? Rambut yang nipis cenderung untuk terlihat seakan-akan kering dan kusam. Bukan itu sahaja, tahap keyakinan anda juga memberi kesan dalam kehidupan seharian . Di sini ada beberapa tip dan cara merawat rambut agar sentiasa tumbuh sihat dan lebat.

1. Hindari Minuman Kafein Berlebihan

Mengambil makanan dan minuman yang mengandungi terlalu banyak kafein dapat menambahkan masalah pada rambut anda. Untuk itu, hindari mengambilnya secara berlebihan seperti kopi, coklat dan minuman bertenaga. Untuk menjaga kelembapan dan kesuburan rambut anda, anda haruslah minum minuman air mineral/putih.

2. Pemilihan Syampu

Untuk mendapatkan rambut yang lebat, sebaiknya pilihlah syampu yang mempunyai label seperti ' extra body', 'volumizing syampoo', 'extra volume hair' dan 'bodifying'. Syampu yang mempunyai label ini biasanya memiliki kandungan bahan kimia aktif yang dapat membuat rambut menjadi lebih lebat.

3. Protein dan Vitamin

Protein dan vitamin B memiliki kandungan yang sangat penting untuk pertumbuhan rambut. Kedua-dua kandungan nutrisi ini akan membuatkan rambut anda lebih subur dan lebat. Zat protein banyak terkandung dalam daging dan telur. Vitamin B pula banyak terkandung dalam sayur-sayuran hijau dan pisang.

4. Madu

Madu adalah salah satu makanan yang kaya dengan nutrisi yang memiliki sejuta manfaat untuk tubuh badan kita. Malah, madu juga banyak digunakan untuk produk kecantikan. Untuk mendapatkan manfaat madu bagi rambut, cukup sekadar satu sudu besar dan lumurkan pada rambut selama 15 minit. Selepas itu, bilas dengan air bersih.

5. Rawatan Kepala

Rawatan kepala yang boleh anda lakukan adalah seperti memicit bahagian kepala supaya aliran darah kembali lancar. Hal ini yang demikian, dapat menghalang gangguan pertumbuhan rambut. Anda juga boleh menggunakan minyak zaitun untuk menyapu pada kesuluruhan rambut. Minyak daripada tumbuhan memiliki fungsi untuk menguatkan akar rambut serta menghindarkan rambut dan kulit kepala anda nampak kering.

Pesanan daripada penaja : Tips dan cara diatas ini diambil daripada sumber- sumber yang dipercayai . Kini anda boleh memiliki rambut ala-ala korea :)

0 Komen Anda "Atasi Rambut Nipis"

ping blog
 
Copyright © 2014 Superbextra - All Rights Reserved
Template By Catatan Info