Superbextra

Berita, Pendidikan, Hiburan, Artikel

Petua Tradisional Mengatasi Kerekahan Di Tumit Kaki




Semua orang impikan tumit kaki yang cantik dan licin. Antara punca-punca yang menyebabkan tumit kaki pecah adalah seperti kulit kering, berat badan berlebihan, pemakaian kasut yang tidak sesuai, dan mengabaikan penjagaan kesihatan kaki. Anda boleh lah mencuba petua tradisional di bawah ini :

BUAH BELIMBING BULUH

Gosokkan buah belimbing buluh ke tumit anda setiap kali hendak mandi. Biarkan seketika sebelum menggosokkannya dengan menggunakan kain yang lembut untuk menghilangkan kesannya. Ia juga boleh menjadikan kulit kaki jadi tahan, tidak mudak luka atau terkoyak.

BETIK MUDA
Ambil sebiji betik muda yang berwarna kekuningan. Potong di bahagian kepalanya untuk mendapatkan getah betik. Kemudian, sapukan getah betik tadi di tumit kaki yang merekah. Amalkan setiap hari untuk hasil memberangsangkan.

ASAM JAWA

Bancuh sebesen besar air asam jawa dan masukkan kedua-dua belah kaki anda. Lakukannya sebelah malam sewaktu anda duduk berehat sambil menonton tv. Lakukan sebanyak 3 atau 4 kali seminggu.

BAWANG MERAH

Ambil beberapa biji bawang merah dan belah 2 dan picit-picitkannya sehingga kelaur air. Sapukan ke tumit kaki anda atau di tempat yang pecah.

SERAI DAN MADU

Sediakan 10 batang serai, ketuk sehingga pipih. Rebus sehingga mendidih dan minum airnya sewaktu masih suam dan campurkan sedikit madu.


Jika anda suka menggunakan cara moden, saya cadangkan gunalah Aiken Intensive Care Cracked Heel Cream yang ada triple action formula iaitu:

1. Soothes - Untuk melegakan tumit kaki yang sakit

2. Moisturises - Untuk melembabkan kulit kaki anda

3. Smoothens - Melembutkan kulit2  kaki anda

Aiken Intensive Care Cracked Heel Cream ini anda boleh dapati di kedai pusat penjagaan kesihatan  seperti 
Watson dan Guardian



0 Komen Anda "Petua Tradisional Mengatasi Kerekahan Di Tumit Kaki"

ping blog
 
Copyright © 2014 Superbextra - All Rights Reserved
Template By Catatan Info