Superbextra

Berita, Pendidikan, Hiburan, Artikel

Khairy Jamaluddin Menang Anugerah Di Shout Awards 2013





Anugerah Shout! Awards yang dianjurkan 8TV telah pun berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada Sabtu lepas. Apa itu Shout! Awards? Shout! Awards 2013 adalah gelombang baru dan realiti sebenar dunia hiburan hari ini. Revolusi baru dibawakan Shout! Awards sebagai sebuah majlis anugerah kontemporari terbukti apabila bukan hanya penggiat seni diangkat malah orang awam dan lebih menarik tokoh politik turut tidak terkecuali. Hebat kan?

Tema Shout! Award kali ke- 4 adalah " Cyber Eco". Apa itu Cyber Eco? Tema zaman sekarang nie makin lama dah makin pelik. Ok, Cyber Eco nie adalah gabungan elemen cyber, futuristik, galaxy dan dalam masa sama menyuntik elemen semula jadi. Tema ini dikira 'berat' jugaklah.

Ok berbalik pada topik asal, Khairy Jamaluddin memenangi Anugerah " Wired Celebrity Award". Anugerah ini diberikan kepada personaliti yang aktif dan mampu memberi pengaruh kepada pengikutnya melalui pelbagai media sosial seperti Facebook dan Twitter. Ini bermakna, Khairy berjaya mengalahkan Aaron Aziz, Adibah Noor, Sofia Jane, Yuna dan Fatimah Abu Bakar dalam kategori tersebut".


Apapun tahniah diucapakan kepada semua pemenang Shout! Awards hari tu. Jom layan Video Zizan Razak ' Speaking Broken London' masa terima awards :)









0 Komen Anda "Khairy Jamaluddin Menang Anugerah Di Shout Awards 2013"

ping blog
 
Copyright © 2014 Superbextra - All Rights Reserved
Template By Catatan Info