Superbextra

Berita, Pendidikan, Hiburan, Artikel

[VIDEO] Wanita Belasah Peragut



Bravo!  Manakan tidak, seorang wanita berbangsa Cina membelasah seorang lelaki yang ingin meragut beg tangan wanita itu jatuh tersebam dia atas tanah! Sikap kecekalan wanita ini  mempertahankan diri daripada menjadi mangsa ragut patut di contohi. Tetapi, Awas! jangan sampai mengorbankan nyawa anda. Nyawa anda lebih penting daripada harta benda yang diragut.Ingat tu!

Berdasarkan rakaman CCTV , kejadian ini bermula apabila kereta yang dipandu oleh wanita ini memasuki perkarangan rumah selepas pintu dibuka. Selepas itu,  pembonceng lelaki yang bermotosikal memasuki perkarangan rumah itu sebelum wanita itu keluar daripada pintu kereta. Selepas wanita itu keluar dari pintu kereta, lelaki tersebut menarik beg tangan wanita itu dan kejadian pergelutan berlaku. Wanita itu bukan sahaja tidak melepaskan beg tangan dia malah memukul lelaki itu sehingga tersebam jatuh ke tanah. Bravo!

Peleraian kejadian ini berlaku apabila kawan lelaki itu menyelamatkan kawan dia dengan bersenjatakan parang menyebabkan wanita itu berhenti membelasah lelaki yang tersebam di atas tanah.

Pantun 2 kerat ini khas untuk peragut tu.'Barang ragut tak dapat, kan dah mendapat'. Insaflah peragut di luar sana! Selagi pintu taubat masih dibuka. Sampai bila korang nak pegang title' PERAGUT'??


Jom tengok Rakaman CCTV di bawah nie :




# The Video is Credited to MaxMan.TV



2 Komen Anda "[VIDEO] Wanita Belasah Peragut "

fuyohh.. haha.. hebat betul dia berani lawan orang tu

Inilah yang dipanggil sebagai 'The power of Woman' ..Hehehe :)

ping blog
 
Copyright © 2014 Superbextra - All Rights Reserved
Template By Catatan Info