Superbextra

Berita, Pendidikan, Hiburan, Artikel

Susah Ke Belajar Di Universiti?


Pertanyaan soalan di atas ini sering menjadi tanda tanya terutamanya pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM. Kepada yang berjaya menyambung pelajaran mereka ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tahniah diucapkan. Gunakan lah peluang yang diberikan ini sebaik-baiknya. “Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang”

Belajar di universiti sebenarnya sama sahaja seperti anda belajar di sekolah. Apa yang bezanya ialah setiap semester anda akan berhadapan dengan pelbagai assignment, quiz,test, dan final exam. Kaedah pengajaran di universiti juga tidak sama seperti di sekolah. Di universiti, pensyarah akan mengamalkan dua kaedah iaitu kaedah “syarahan” dan “tutorial”

Di sini penulis ingin tekankan bahawa susah dan senang dalam menuntut ilmu di universiti bergantung kepada niat seseorang itu. Jika seseorang itu ingin menuntut ilmu kerana untuk mendapat pekerjaan yang baik, konsep tersebut perlu diperbaiki. Kepada yang beragama islam , menuntut ilmu itu adalah wajib kerana hal ini akan meningkatkan martabat diri sendiri, bangsa , agama dan negara. So, anda boleh pasangkan niat ini juga sebagai pendorong dalam menuntut ilmu di universiti.

Jangan pernah mengeluh dalam pengajian yang anda ambil. Anggaplah bahawa course yang anda ambil itu sebagai cabaran untuk diri anda dan anda mesti lakukannya dengan bersungguh-sungguh!! Tukarkan perspektif anda tentang belajar di universiti adalah susah kepada senang. Jadilah orang yang sentiasa bersikap positif. Selain itu, kepada penggemar study last minute, please stop it!! Hal ini akan membebankan anda ketika menjelang waktu peperiksaan. Walaupun topik sesetengah subjek yang anda ambil untuk semester itu adalah sedikit, tapi biarlah anda memahami setiap topik subjek tersebut. “Kualiti itu penting bukannya Kuantiti” Ingat tu!

Akhir kata, amalkan konsep “Belajar Sepanjang Hayat” dalam diri anda. Jangan pernah berhenti dalam menuntut ilmu. Insyaallah, anda telah meningkatkan martabat diri anda, bangsa, agama dan negara!





0 Komen Anda "Susah Ke Belajar Di Universiti?"

ping blog
 
Copyright © 2014 Superbextra - All Rights Reserved
Template By Catatan Info