Adab atau akhlak bererti budi pekerti, perangai, tingkah
laku, tabiat dan adab kebiasaan. Budi pekerti terbahagi kepada dua jenis iaitu
sifat mahmudah dan sifat mazmumah.
Apa itu Sifat Mahmudah?
Sifat Mahmudah merujuk kepada perbuatan dan budi pekerti yang
baik dan dituntut dalam islam. Sebagai contoh, sifat sabar, amanah, jujur,
takwa, pemurah dan sebagainya.Sifat Mahmudah adalah semua perbuatan yang
menggambarkan perlaksanaan tanggungjawab kepada perintah Allah S.W.T dan akur
kepada LaranganNya dengan cara tidak melanggar larangan tersebut. Dengan erti
kata lain, melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan dari sudut zahir dan
juga batin(hati) .
Apa itu Sifat Mazmumah?
Sifat Mazmumah merujuk kepada perbuatan dan budi pekerti
yang tidak baik dan tercela oleh syarak. Sebagai contoh, sifat sombong, dengki,
berdendam, syirik, khianat, fitnah dan sebagainya. Sifat Mazmumah juga
dikatakan perbuatan melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhanNya.
“Satu bangsa dikenal kerana(budi pekerti). Jika budi
pekertinya telah runtuh, maka runtuh pulalah bangsa itu” –Ahmad Syauqi-
0 Komen Anda "Pengenalan Adab (Budi Pekerti) "