Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar
daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat? Sesuatu
yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang
dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita. Dibawah ini saya
kongsikan tips belajar yang perlu diamalkan oleh setiap pelajar
Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah
S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa
ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi
orang yang menuntut ilmu.Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam
lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa
sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita.
Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.
Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran
sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran
walau sesibuk mana pun kita. Ada cerita satu kisah yang sangat memberi
inspirasi.Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur,
walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana
budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu
bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini. Ibunya menjawab,
saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat
menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka
surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini
pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar
panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi
alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.
Kembalikan caj-caj
positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut
ilmu.
Apabila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca
topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan
terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini
sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu
hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.Jadi, apa kata kita
cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang
menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua
rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah
memadai.
Utamakan seruan Allah
S.W.T.
Part paling penting!
Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar
untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai
terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:"Orang
yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk
menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah
S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."Jadi, setiap kali
rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku
mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat
dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila
belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan
Allah S.W.T daripada benda lain.
Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar
ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga
mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu
tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu). Jadilah seperti Rasulullah
S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di
medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita,
tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka
tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi.
Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya
kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.
0 Komen Anda "Bagaimana Mencari Keberkatan Dalam Belajar?"