Superbextra

Berita, Pendidikan, Hiburan, Artikel

4 Sebab Tidur Selepas Subuh Mesti Dielakkan

Bukan amalan para ulama dan orang soleh

Para ulama dan orang soleh terdahulu membenci tidur pada waktu ini. Ulama Ibn Qayyim memberi penegasan bahawa tidur pada waktu ini boleh mematikan hati, membuatkan badan menjadi malas dan juga mensia-siakan waktu yang berharga. Jika anda merasakan diri anda mengantuk selepas solat subuh, lakukan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat seperti beriadah, membaca al-Quran, mengulangkaji pelajaran, dan sebagainya.

 Terlepas menghirup udara segar

Kajian menunjukkan udara pada jam 3.00 pagi sehingga 7.30 pagi paling segar dan terbaik untuk dihirup. Udara ketika pada masa itu adalah bersih daripada pencemaran asap-asap kenderaan dan gas-gas beracun. Udara yang segar ini sangat penting untuk mengembalikan kesegaran otak dan tubuh.

Pintu rezeki menjadi sempit

Rasulullah s.a.w melihat Fatimah r.ha. sedang berbaring setelah solat subuh, lalu Baginda bersabda, Maksudnya : “ Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu dan janganlah engkau jadi daripada kalangan orang yang lalai. Sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia dia antara terbitnya fajar sehingga terbitnya matahari.” (Riwayat al-Baihaqi). Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa orang yang tidur selepas subuh adalah orang yang berada di kalangan orang-orang lalai. Gunakanlah kesempatan masa yang ada di waktu pagi sebaik-baiknya. Isikan lah dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat.

Menimbulkan rasa malas dan tidak bersemangat pada hari tersebut

Ibn Qayyim berkata : “Pagi hari umpama hari muda seseorang, manakala waktu malam ibarat hari tuanya. Amalan sesorang pada waktu muda sangat berpengaruh kepada amalan sewaktu tuanya. Jika seseorang sudah bermalas-malas pada pagi hari, maka dia juga akan menjadi malas pada waktu petang dan malam. Kajian juga menunjukkan bahawa orang yang terlebih tidur akan menyebabkan seseorang akan menjadi cepat letih, malas dan tidak bersemangat.  Selain itu, tidur selepas subuh juga akan mendatangkan beberapa jenis penyakit pada badan seperti lemah shawat.

Akhir kata, rugilah kita jika pada waktu pagi hanya digunakan untuk menjemput mimpi-mimpi indah dan mengasyikkan.








0 Komen Anda "4 Sebab Tidur Selepas Subuh Mesti Dielakkan "

ping blog
 
Copyright © 2014 Superbextra - All Rights Reserved
Template By Catatan Info