Awas bagi mereka yang gemar bersukan pada waktu malam kerana tanpa disedari anda mungkin boleh diserang penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi dan masalah jantung. Aktiviti bersukan seperti bermain futsal, badminton dan beriadah di gimnasium di waktu malam yang kini menjadi gaya hidup warga kota akibat kekangan masa bekerja sebenarnya boleh menjadi ‘pembunuh senyap’.
Difahamkan, aktiviti tersebut yang banyak menggunakan
tenaga boleh bertukar menjadi gejala tidak sihat dan membahayakan kesihatan
jika tidak diuruskan dengan baik.
Menurut pakar perunding perubatan terkenal, Datuk Seri
Dr. Zulkornain Ahmad, secara purata seseorang menghabiskan lapan
jam bekerja sehari dan memerlukan waktu rehat.
Katanya, aktiviti bersukan selepas bekerja terutama pada
waktu malam menyebabkan badan menjadi lesu kerana tubuh dipaksa bekerja keras
dan banyak tenaga dikeluarkan.
“Kita memaksa badan untuk bekerja keras dengan aktiviti
sukan yang berat dan boleh mengakibatkan tekanan darah kita meningkat naik
sekali gus boleh menyebabkan masalah darah tinggi dan jantung.
“Bukan tidak boleh bersukan waktu malam, tetapi biarlah
sukan yang ringan serta tidak menggunakan tenaga yang banyak seperti berenang
dan berjoging,” katanya
Sumber : Kosmo Online
0 Komen Anda "Bahaya Sukan Waktu Malam"