Superbextra

Berita, Pendidikan, Hiburan, Artikel

Adakah Cristiano Ronaldo berasal daripada Madrid?



Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) menyelar pihak yang sering mencemuh pasukan Johor Darul Takzim (JDT) kerana dibarisi ramai pemain bukan anak jati negeri itu.
Presidenya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, mereka yang membuat cemuhan itu golongan yang kurang arif dalam sukan bola sepak kerana mementingkan tempat lahir pemain berbanding profesionalisme.
“Berfikir biarlah ke hadapan. Tidak kiralah mana tempat lahir kita, tetapi pilihan organisasi yang betul akan membantu kita menjadi lebih cemerlang sebagai pemain profesional.
“Tidak kira di mana tempat lahir anda itu tahun 60-an, hari ini adalah 2014, yang penting adalah logo di dada. Adakah Cristiano Ronaldo berasal daripada Madrid?. Telah saya katakan berulang kali kurang arif ini tiada ubatnya. Anda menyalahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana pemikiran mereka yang lama tetapi apa bezanya anda dengan FAM yang mempunyai mentaliti sama,” titah baginda dalam satu kenyataaan semalam.
Tunku Ismail turut menyelar pihak yang mengkritik JDT sebagai punca bola sepak Malaysia merundum sedangkan pasukan itu yang banyak membantu bola sepak Malaysia secara tidak langsung.
Titah bagida, mereka yang membuat kritikan itu tidak bercakak berlandaskan fakta kerana JDT banyak membantu bola sepak Malaysia secara tidak langsung daripada segi cara latihan dan falsafah permainan, pusat rawatan serta pemulihan mahupun program motivasi pemain.
“Berfikirlah dengan akal, bukan mengikut emosi. Akal membawa kita maju, ikutkan emosi tidak ke mana. Sejak kehadiran JDT, para penaja meningkatkan pelaburan dalam bola sepak Malaysia.
“Liga juga telah menjadi lebih kompetitif, dan secara tidak langsung meningkatkan prestasi pasukan kebangsaan untuk masa yang akan datang. Suka atau tidak, itulah fakta,” titah baginda. – MYNEWSHUB.CC
0 Komen Anda "Adakah Cristiano Ronaldo berasal daripada Madrid? "

ping blog
 
Copyright © 2014 Superbextra - All Rights Reserved
Template By Catatan Info