Superbextra

Berita, Pendidikan, Hiburan, Artikel

Jersi Baharu Thailand



Bukan jersi baharu Harimau Malaya sahaja yang dapat perhatian di media sosial malah jersi baharu pasukan bola sepak kebangsaan Thailand untuk Piala AFF Suzuki 2014 turut mencuri tumpuan. Dikeluarkan oleh pengedar barangan sukan Thailand, Grand Sport, rata-rata memuji rekaannya yang unik dan moden terutama grafik bendera negara itu di bahagian depan jersi.

Jersi pertama 'home kit' Thailand direka berwarna merah dengan kolar putih manakala bahagian dalam kolar dicop dengan simbol 'great crown of victory'.




'Away kit' ataupun jersi kedua pula berwarna biru dengan rekaan sama seperti jersi pertama.
Logo Grand Sport dan lambang bola sepak kebangsaan Thailand dicop pada bahagian depan. Daripada pemerhatian di laman Twitter, ramai yang memuji rekaan baharu jersi
 berkenaan. 


Sumber : Astro Awani

0 Komen Anda "Jersi Baharu Thailand"

ping blog
 
Copyright © 2014 Superbextra - All Rights Reserved
Template By Catatan Info