Apabila kita mengimbas kembali kenangan di zaman sekolah, pasti ada kenangan tersendiri bersama kawan-kawan yang menyeronokkan.
Daripada sumber Mynewshub, di bawah ini terdapat 5 aktiviti dan permainan yang paling popular yang budak-budak zaman sekarang patut tahu dimana zaman 90-an lebih menarik dari zaman sekarang yang dibanjiri pelbagai peranti pintar seperti tablet, ipad dan phablet.
Hanya orang yang melaluinya faham bertapa meriahnya permainan zaman kanak-kanak dulu. Ah, kami rindu kawan-kawan sepermainan!
1. Permainan titik titik (the dots game)
Permainan ini cukup popular satu ketika dahulu kerana ia sangat kreatif. Seperti biasa buku matematiklah yang menjadi mangsa kami kalau terasa nak berentap dengan kawan-kawan.
Cara permainannya sangat mudah, apa yang anda perlukan adalah buku kotak-kotak dan dua batang pen berlainan warna. Jika anda dapat mengepung titik lawan tanpa skip satu titik pun, maka anda dikira pemenang.
2. Permainan Tekan Pemadam
Selalunya pemadam yang berbentuk empat segi dan leper akan digunakan. Permainan tekan pemadam ini memerlukan dua pemain. Caranya, tekan pemadam milik sendiri sehingga pemadam kepunyaan kita berjaya menindih pemadam milik kawan. Ganjaran bagi siapa yang menang ialah koleksi pemadam anda akan bertambah!
3. Digimon
Siapa memiliki peranti ini masa tu, anda secara ajaibnya digelar orang paling “hensem” dan popular di sekolah. Realitinya pada masa sekarang game nie seperti game yang pernah trending di Google Play Store iaitu "POU".
4. Permainan Tutup Botol
Biasa dimainkan selepas habis kelas atau sewaktu menunggu bas sekolah. Permainan menggunakan tutup botol ini antara permainan ‘mudah alih’ yang sangat terkenal. Permainan ini memerlukan lima biji penutup botol dan anda hanya perlu selerakkannya untuk memulakan permainan. Yang penting skill tu perlu ada!
5. Tamiya
Masihkah anda ingat siaran animasi Dash Yonkuro? Pasti anda akan menonton terlebih dahulu sebelum bermain permainan ini yang merupakan satu trend ketika itu. Longkang yang panjang dijadikan trek litar perlumbaan. Permainan ini biasanya melibatkan dua ke lima orang.
Sumber : Mynewshub
0 Komen Anda "5 Permainan Paling Popular 90-an"