Sokongan itu diberikan
berikutan tindakan rakyat Malaysia yang kini sedang melaksanakan boikot untuk
produk fast food yang dikatakan ada
kaitan dengan Israel iaitu McDonald’s.
Penyebaran iklan jawatan
kosong itu dipercayai sebagai membantu orang Melayu Islam yang sedang bekerja
di McDonald’s untuk memikirkan pilihan untuk menukar pekerjaan mereka ke
syarikat Ramly Burger. Ketika ini, pihak syarikat Ramly mencari individu untuk
jawatan Penyelia Cawangan, Ketua Kumpulan, Pembantu Kedai/Kiosk dan Juruwang.
Dengan boikot yang
dilancarkan rakyat Malaysia khususnya umat Islam kepada McDonald’s, Ramly
Burger dilihat syarikat yang meningkat naik dari segi hasil jualan. Tidak dinafikan, produk keluaran Ramly sudah
pun dikenali ramai seperti produk daging dan roti burger.
Produk berkenaan yang dibeli
oleh orang ramai biasanya dinikmati di
rumah dengan pelbagai variasi dan citarasa tersendiri. Kini, Ramly burger sudah
pun menghasilkan produk makanan-makanan yang lebih banyak dan tidak hanya
tertumpu kepada makanan burger sebaliknya sudah ada produk Nugget dan Drummet
ayam. Para golongan muda yang menganggur atau ingin mengambil peluang ini dengan
bekerja di syarikat Ramly Burger adalah tindakan yang wajar disamping
mengurangkan kadar pengangguran di negara ini khususnya golongan melayu.
Dalam iklan itu, pihak
pengurusan Ramly menawarkan pelbagai faedah menarik seperti elaun lebih masa,
perlindungan insurans, rawatan perubatan dan peluang membuat pinjaman peribadi.
Sumber : IBNU K - Mynewshub
0 Komen Anda "Penyebaran Iklan Kerja Ramly Burger di Facebook"