Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan mengumumkan lapan jalan raya utama di ibu negara akan menggunakan nama baharu yang mengambil sempena nama-nama Raja Melayu yang pernah ditabalkan sebagai Yang diPertuan Agong.
Antara jalan terlibat adalah Jalan Duta yang dinamakan semula sebagai Jalan Tunku Abdul Halim manakala Jalan Khidmat Usaha ditukar kepada Jalan Sultan Haji Ahmad Shah.
Selain itu, Jalan Ipoh yang bermula dari persimpangan Jalan Segambut hingga persimpangan Jalan Pahang akan menggunakan nama baharu Jalan Sultan Azlan Shah.
Persiaran Duta pula dinamakan semula menjadi Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin manakala Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah diberi nama Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin.
Lebuhraya Mahameru diberi nama Lebuhraya Sultan Iskandar dan Persiaran Mahameru dinamakan semula sebagai Persiaran Tuanku Jaafar. Akhir sekali, Jalan Semarak ditukar namanya menjadi Jalan Sultan Yahya Petra. Kerja-kerja pemasangan papan tanda nama jalan baru akan dilaksanakan pada hari esok
0 Komen Anda "8 Jalan Di KL Ditukar Nama Baharu"