Organ-organ dalam badan kita terutamanya perut
merupakan 'kilang memproses' makanan atau apa sahaja nutrient yang kita ambil
untuk mendapatkan khasiat yang diperlukan oleh kita sebagai manusia untuk
hidup. Justeru, perut dan organ dalaman
ini penting untuk memproses dan menyaring nutriens yang tubuh kita perlukan dan
ia semestinya bergantung juga kepada apa yang kita berikan kepadanya. Jika anda
sering mengamalkan perkara di bawah, cuba hentikannya dari sekarang.
1. JANGAN
MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN
Ramai yang
menganggap buah dijadikan sebagai pencucui mulut selepas makan. Tanggapan ini
kurang tepat kerana makan buah sebaik sahaja selesai makan akan menyebabkan
perut menjadi kembung kerana terlalu banyak air. Justeru, lebih baik makan buah
1 jam sebelum makan atau 2 jam selepas makan.
2. JANGAN
MINUH TEH SELEPAS MAKAN
Asid yang
terkandung di dalam daun teh boleh menyebabkan kandungan protein didalam
makanan yang telah dimakan akan segera mengeras yang mana ia akan mengakibatkan
makanan tersebut sukar dicernakan. Jadi anda disarankan agar minum air putih
sahaja.
3. JANGAN
MANDI SELEPAS MAKAN
Sekiranya
anda mandi selepas makan, ia boleh menyebabkan aliran darah pada tangan, kaki
dan tubuh akan meningkat, manakala jumlah darah di bahagian perut dan sekitarnya
akan menurun. Keadaan ini akan melemahkan sistem percernaaan perut anda.
4. JANGAN
TIDUR SELEPAS MAKAN
Amalan tidur
sebaik sahaja selesai makan boleh membahayakan sistem percernaan anda. Hal ini
kerana, makanan tersebut tidak dapat dicerna dengan baik oleh sistem
penghadaman ketika anda tidur. Justeru, jarakkan masa makan dan tidur anda
sekurang-kurangnya 1 jam atau 2 jam.
5. JANGAN
BERSENAM SELEPAS MAKAN
Bersenam
baik untuk kesihatan dan diet anda. Namun, jangan sesekali melakukan senaman
atau aktiviti riadah lain selepas anda makan. Ini kerana aktiviti fizikal
secara drastik selepas makan akan menyebabkan sistem percernaan tidak boleh
berfungsi dengan baik. Oleh itu, jangan bersenam dengan keadaan perut yang
penuh dengan makanan.
Sumber : PERSATUAN
KESELAMATAN PENGGUNA KUALA LUMPUR (PKPKL)
0 Komen Anda "5 Perkara Yang Perlu Di Elak Selepas Makan"