Superbextra

Berita, Pendidikan, Hiburan, Artikel

Keputusan SPM 2013





Debaran menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 kian terasa. Keputusan SPM akan diumumkan pada hari khamis 20 Mac ini . Semua calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing bermula 10 pagi. Bagi calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau anda boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat yang anda mendaftar dahulu.Bukan itu sahaja, sistem teknologi yang kian berkembang dewasa ini, Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS 15888 dengan menaip SPM<jarak> angka giliran anda dan hantar ke 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi , 20 Mac 2014 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam 26 Mac 2014. Pada tahun 2013, seramai 470,395 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM di 3,616 pusat peperiksaan di seluruh negara.


Walau apapun keputusan anda dapat, JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA!!! Teruskan usaha anda untuk menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa,dan negara. Apa yang anda dapat itulah hasil usaha anda yang telah anda lakukan. Akhir kata, Semoga berjaya batch 96' dan selamat melangkah ke menara gading.          

0 Komen Anda "Keputusan SPM 2013"

ping blog
 
Copyright © 2014 Superbextra - All Rights Reserved
Template By Catatan Info