Superbextra

Berita, Pendidikan, Hiburan, Artikel

Tenang Hadapi Tekanan




Tekanan yang kita hadapi setiap hari memberikan kita satu bebanan yang menganggu kita untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seharian kita. Kerja-kerja yang perlu disiapkan memerlukan fokus yang tinggi. Maka, anda perlu tukarkan pespektif anda terhadap ‘tekanan’ yang anda hadapi kepada tekanan yang memberi keseronokan kepada anda. Ya! Anda mampu mengubahnya. Tekanan yang berlaku kepada diri anda merupakan suatu VIRUS yang perlu anda kawal. Jika anda tidak menanganiya, ia akan merosakkan diri anda dari segi emosi, sikap, dan fikiran anda.

Cara untuk hilangkan VIRUS ini cukup mudah sebenarnnya jika anda tahu cara untuk tanganinnya. Anda perlukan ubat. Ya UBAT. Ubat ini hanya anda sorang saja yang boleh membuatnya. Langkah yang pertama untuk membuatnya adalah anda perlu tenang hadapi tekanan yang anda hadapi. Itu lah kunci untuk tangani tekanan tersebut. Tenang di sini merujuk kepada cara anda mengawalnnya.  Antara cara-cara yang anda boleh lakukan adalah seperti berikut :

Dekatkan diri dengan ALLAH

Lakukan amalan-amalan yang dituntut dalam agama islam seperti membaca Al-quran, ambil wudhuk, lakukan solat-solat sunat dan selalu lah berdoa . Insya allah , diri kita semakin tenang dan sentiasa ceria walaupun kita hadapi tekanan! Anggaplah tekanan itu sebagai cabaran seharian kita untuk menjadi hamba yang semakin dekat dengan Pencipta-Nya.

Cari jalan penyelesaian

Anda boleh minta pandangan atau  nasihat daripada ahli keluarga anda, kawan atau sesiapa saja yang anda boleh terima pandangan dan nasihat tersebut. Mungkin anda juga boleh minta bantuan daripada mereka untuk selesaikan masalah anda. Ingat! jaga juga adab-adab  ketika meminta pertolongan.Jangan melampaui batas.

Lakukan aktiviti fizikal

Contohnya , anda boleh melakukan aktiviti bersukan. Aktiviti-aktiviti sukan yang anda lakukan dapat tukarkan cas-cas negatif kepada cas-cas positif.  Anda akan rasakan satu kelainan selepas anda bersukan. Tak percaya? Cubalah dulu!

 “Hang Out’

Hang out bersama rakan karib anda, pasangan anda, keluarga atau sape-sape saja yang anda nak ‘hang out’. Keluar and lepak lah dengan sepuas-puasnya. Jika anda nak ceritakan masalah yang anda hadapi pun boleh juga. Masalah yang anda simpan sorang-sorang kadang kala memudaratkan kepada jiwa anda! Sharing is Caring. Cukup mudah. Cubalah!

 p/s: JANGAN JADI ORANG YANG ‘HILANG AKAL’ BILA HADAPI TEKANAN HIDUP.


0 Komen Anda "Tenang Hadapi Tekanan"

ping blog
 
Copyright © 2014 Superbextra - All Rights Reserved
Template By Catatan Info