Superbextra

Berita, Pendidikan, Hiburan, Artikel

Kucing Ada Kad ID Pelajar Sendiri





Lucu pun ada juga apabila kucing menjadi pelajar sekolah bersama manusia. Bubba si kucing comel yang sangat popular di Leland High School di San Jose, California telah diberi kad ID sebagai pelajar.

Bubba bukanlah kucing jalanan yang suka berlegar-legar mencari makanan. Dia adalah kucing yang tinggal bersebelahan dengan sekolah. Keluagra Marienthal yang memiliki kucing ini.

“Kami cuba biarkan dia untuk tinggal di dalam rumah sahaja tapi dia taknak.” Jelas Amber Marienthal.

Semua orang di sekolah tersebut memberi kebebasan kepada Bubba untuk keluar masuk sesuka hatinya.“Setakat ni kami tak pernah dapat apa-apa aduan.”tambah Marienthal





“Dia duduk atas riba saya dan tidur sementara saya menduduki peperiksaan akhir Bahasa Sepanyol” kongsi salah seorang pelajar di situ.

Bubba merupakan yang pertama sampai disekolah dan akan duduk di depan pintu sementara menunggu cikgu-cikgu dan para pelajar yang lain. Bubba juga kini mempunyai Facebook sendiri yang sudah ada 5000 orang peminat. 

Sumber : sunnyskyz





0 Komen Anda "Kucing Ada Kad ID Pelajar Sendiri"

ping blog
 
Copyright © 2014 Superbextra - All Rights Reserved
Template By Catatan Info