Superbextra

Berita, Pendidikan, Hiburan, Artikel

Laman Web Malaysia Airlines Digodam



Laman web syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) digodam oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Cyber Caliphate’ pada pagi Isnin kira kira jam 10 pagi.

Halaman utama laman web tersebut digantikan dengan sekeping foto sebuah pesawat Airbus A380 milik syarikat penerbangan tersebut dengan perkataan ‘404 – Plane Not Found’.
Cyber Caliphate turut memasukkan akaun Twitter @umgrobert dan @umg_chris sebagai orang yang boleh dihubungi.

Walaupun laman web berkenaan kembali pulih  selepas itu , namun pada jam 10.25 pagi, laman web berkenaan digodam sekali lagi.Kali ini, tertera di laman web berkenaan satu imej menunjukkan gambar seekor cicak bersut hitam dan bertopi.

Sementara itu, Twitter rasmi syarikat Malaysia Airlines  itu menyatakan ia sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara itu. Kumpulan itu mendapat banyak perhatian pihak, termasuk  pengguna sosial media di seluruh dunia yang boleh dilihat laman rasmi Twitternya.

Twitter Rasmi Malaysia Airlines

Penggodam tersebut bukan sahaja mengodam tetapi turut mendedahkan senarai email yang berjaya digodam dalam serangan siber.Turut didedahkan ialah nama menteri, Dato' Seri Mustapa Mohamed yang tersenarai dalam email tersebut.

Salah satu daripada tweet mereka menyatakan (MAS) berbohong tentang pengguna tidak perlu meragui privasi data mereka.


Sumber : Astro Awani


0 Komen Anda "Laman Web Malaysia Airlines Digodam "

ping blog
 
Copyright © 2014 Superbextra - All Rights Reserved
Template By Catatan Info