Kita banyak dihidangkan dengan
pelbagai juadah tiap hari terutamannya ketika musim perayaan. Banyak makanan yang akan dibazirkan begitu
saja ketika musim ini. Manakan tidak, sikap tamak dan berlebihan-lebihan untuk menikmati
makanan yang seolah-olah tidak pernah menikmatinya menyebabkan anda ‘mungkin’
tergolong dikalangan sahabat syaitan.
Banyak makanan sehingga rambang mata hendak memilihnya. Jika kita tidak
tergolongan daripada golongan suka membazir, kita mungkin tergolongan dari
orang yang akan makan sampai melebihi ‘had kenyang’. Awas ! pengambilan makanan
secara tidak terkawal akan mengudang
mudarat.
Berdasarkan Dr Yusuf al- Qardhawi dalam kitabnya Halal dan
Haram dalam islam, beliau meletakkan suatu kaedah umum yang diakui syariat
islam iaitu ‘ tiada halal bagi orang muslim memakan apa saja makanan atau
minuman, baik sedikit pun yang boleh membinasakan dirinya, sama ada dengan
cepat mahupun secara ‘perlahan-lahan’.
Kupasan daripada pandangan tokoh
tasawuf Islam, Imam al-Ghazali ;
- Menghilangkan kemanisan ibadat
- Menjerumuskan kita kepada perbuatan syubhat dan haram
- Mengakibatkan hati lelah dan tubuh badan seolah-olah hanya untuk mencari nafkah
- Makan berlebihan walaupun halal tetap akan dipersoalkan Allah dari mana makanan itu diperoleh sewaktu dihisab nanti
0 Komen Anda "Banyak Makan, Rosakkan Minda"